Jaga Kesihatan Tulang Belakang Dengan Unisex Phiro Back Support

Salam,
Holla. Aku pernah cerita kan pasal susah payah aku semasa melahirkan anak pertama? Masuk je kandungan 4 bulan aku dah tak boleh jalan, sakit belakang sampai kaki. Aku diberikan cuti sakit sampailah bersalin. Lama jugak aku cuti masa tu.. dalam 6 bulan cuti sakit + 3 bulan cuti bersalin. Gemuk montel aku duduk kampung. haha.. Ini semua sebab “Slip Disk” ?. Lepas aku bersalin dalam 2 tahun juga aku displin buat fisioterapi dekat hospital sampai aku boleh berjalan dan duduk macam biasa balik. So.. korang kena lah hati-hati ye, jaga tulang belakang tu dengan baik sebab sekali kena slip disk.. selamanya akan begitu, takda nak baik-baik dah.. So aku kena maintain jaga tulang belakang aku supaya tak jadi lagi kronik …. salah satu caranya adalah dengan tidak memberi beban atau tekanan berlebihan pada tulang belakang especially ketika duduk. Duduk kena tegak.. macam mana nak duduk tegak?… ha.. macam ni.

Beberapa tahun lepas, masa mula-mula dapat slip disk ni, masa tu mengandung 4 bulan, ahli fisioterapi di Sime Darby Hospital cadangkan Nova beli sejenis bantuan sokongan tulang belakang dengan fungsi boleh kurangkan bebanan perut yang semakin membesar. Bagus benda tu memang pakai hari-hari masa tu. Tapi sekarang, tak sesuai dah nak pakai..sebab patutnya sekarang ni lebih kepada menjaga postur tulang belakang. Sorry la aku ni bukan doktor so aku tak pandai nak cerita secara saintifiknya. Then, aku di approach untuk mencuba ni la Phiro Back Support ni. Memang tegak badan dibuatnya. Support baik punya.
Aku kan kerja dengan komputer, so memang akan berjam-jam duduk kat kerusi, kalau ada benda yang kena bagi fokus 100% memang tak bergerakla jawabnya aku depan komputer. Then, bila dah lenguh duduk mana nak ingat kena duduk postur yang betul… isk takdanya aku pun manusia biasa.. selalu lupa.
Macam ni lah aku duduk bila dah lama + penat + bosan + stress
Kalau diteruskan begini, memang makin teruklah tulang belakang aku kan. So, aku dah mula berjinak-jinak memakai Phiro Back Support. Nak tak nak kena paksa juga pakai sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk melatih otot tulang belakang. Bila pakai ni, automatik aku akan duduk tegak sebab badan kena support 360 darjah. Macam gambar bawah ni….
4 Ciri Terbaik Phiro Back Support ni adalah :  
  1. Ada 2 jalur keluli yang membetulkan postur anda dalam beberapa saat
  2. Menggunakan kain mesh kuat yang selesa memegang badan anda secara menyeluruh
  3. Tali silang yang direka secara ergonomik dengan Velcro
  4. Kuat dan tahan lama sesuai untuk kegunaan harian
Secara peribadinya Nova sangat selesa memakai Phiro Back Support ni. Seperti yang Nova cakap tadi la, untuk menjaga tulang belakang supaya tak jadi makin teruk, kena usaha jaganya dengan baik. Sekali terpeleok tiada jalan pulang. Cara pakai pun senang je zap zap zap dah siap. Nanti Nova tunjukkan. Phiro Back Support ni bukan sahaja untuk orang yang ada slip disk je.. benda ni sesuai sangatlah dengan orang yang ada bongkok sabut. Maksudnya, badan bongkok kat atas tu sebab postur duduk yang salah terlalu lama. Pakai je Phiro Back Support untuk latih balik otot tulang belakang supaya anda dapat postur yang betul balik. Paham tak?
Phiro Back Support bentuk dia macam ni
☑ menarik bahu kembali untuk mengelakkan bongkok
☑ Hanya 30 minit sehari untuk melatih otot anda
☑ tidak nampak walaupun di bawah pakaian
☑ mudah dipakai dan dibuka
Cara-cara nak pakainya senang je.
Pertama, pasang Phiro Back Support kat belakang macam pakai beg sekolah tu.
Kedua, adjust kasi selesa kat bahu
Then, tarik band pinggang yang lebar tu ke depan. Sambungkan band tersebut. Jangan ketat sangat jangan longgar sangat. Biar selesa.
Kemudian, tarik band pinggang yang kecik tu dan lekatkan pada band yang lebar tadi macam dalam gambar bawah ni.
Tada… dah siap.
Ni gambar dari belakang
Ni gambar dari depan. Mudah kan?
Ni video korang boleh tengok
So kesimpulannya, Nova memang suka bantuan sokongan belakang ni sebab ia membantu membetulkan postur tulang belakang especially dengan kerja hakiki Nova yang banyak habiskan masa di pejabat dengan duduk depan komputer. Selain itu, harganya sesangatlah berpatutan dan tak mahal dengan kualiti bahan yang sangat baik. Serius ni Nova pernah jumpa yang sangatlah mahal ribu-ribu lagi untuk back support tau. Harga Phiro Back Support ni hanyalah RM 199.00 sahaja dan ada saiz XS, S, M dan L.
Untuk maklumat lanjut korang boleh check kat sini :
Ok, sekian perkongsian Nova jangan lupa check them out ok!

Leave a Reply