GAYA HIDUP AKTIF DENGAN JONLIVIA ACTIVPANTS S5+

hai assalammualaikum

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Senaman bersama Jonlivia ActivPants S5+

 

Jonlivia Woman ActivPants S5+ Full Lenght Idaman Kalbu

Rutin nad sebagai surirumah, sama je, seperti mengemas rumah, memasak, layan anak dan macam-macm lagi la. Lagi sekarang nad mengandung, mestilah kena sentiasa bergerak dan amalkan gaya hidup aktif supaya nad dengan baby sihat selalu. Salah satu amalan gaya hidup aktif yang nad lakukan ialah senaman. Walaupun mengandung, nad tetap buat senaman untuk kekal sihat dan bertenaga. Banyak kelebihan membuat senaman ketika mengandung, contohnya memastikan tahap kesihtan yang baik, menguatkan otot, persiapkan diri ketika nak melahirkan, enstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan dan macam-macam lagi la. Takdela duduk dan baring je kan. Lagi satu bagusnya, korang boleh dapatkan bentuk badan kembali ideal selepas bersalin nanti..hah!!, semua orang mesti nak kan. Tapi kalau boleh kena pakai pakaian yang sesuai. Selalunya kita pakai seluar tracksuit, tapi nad syorkan, korang pakai seluar dari Jonlivia ni. Macam nad, nad pilih Jonlivia Woman ActivPants S5+ Full Lenght ni. Best memang best, nak tau kenapa..baca entry ni..

Sebelum ni nad ada pergi event Jonlivia di Petaling Jaya. Korang boleh baca Jonlivia Malaysia 1st Activewear ni. Nad memang tertarik dengan produk mereka. Bukan setakat seluar je ada, malah baju, bra sport, belt dan macam-macam lagi la. Produk Jonlivia ni bukan sahaja untuk perempuan, malah untuk lelaki pun ada. Korang boleh tengok di website Jonlivia iaitu www.jonlivia.com.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Jonlivia Woman ActivPants S5+ Full Lenght

Bestnya, produk Jonlivia bukan sahaja untuk kekal sihat ketika bersenam, malah ketika beriadah, ketika berjalan, boleh je guna pakaian Jonlivia ni. Jonlivia merupakan satu jenama yang mengeluarkan pakaian gaya hidup aktif bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia berubah ke arah yang sihat tak kira di mana jua.

Keistimewaan Jonlivia Woman ActivPants S5+

Serius, nad suka betul dengan Jonlivia ActivPants S5+ ni, sesuai untuk korang untul amalkan gaya hidup sihat secara konsisten dan nak kurus. Ni antara keistimewaan Jonlivia ActivPants S5+.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Diperbuat dari Neoprane

1) 100% diperbuat daripada Neoprane asli
Kalau tengok seluar Jonlivia ActivPants ni, jenis kainnya tebal tapi tak menyeksakan, malah selesa bila dipakai. Kain ni diperbuat daripada bahan-bahan berprestasi tinggi dan menggabungkan teknologi terkini untuk memastikan bahawa produk-produknya sentiasa dalam trend dan up-to-date. Bila pakai, memang akan keluar peluh, ini kerana ia diperbuat daripada Neoprena, atau dipanggil”heatprene” yang membantu mengawal haba badan dengan baik semasa memakainya tidak kira semasa senaman atau beriadah. Memang dapat membantu untuk membakar lebih banyak lemak di badan. Kain yang sangat elastik, lembut dan tidak ketat.

Mempunyai 4 lapisan

2) Penyerap peluh yang berkesan
Bestnya, bila pakai seluar ni, korang gerak sana sini, berjalan sahaja dah berpeluh. Malah penyerapan peluh yang sangat berkesan takkan membuat korang tidak selesa bila memakainya. Yela selalu kalau dah berpeluh, seluar kita pun ikut basah habis, tapi seluar Jonlivia ni akan serap peluh balik ke dalam seluar. Seluar Jonlivia Hotpants Activpants ni mempunyai 4 lapisan iaitu External Fabric, Hight Performance Neoheat Fabric, Internal Fabric dan Special Airy Fabric. Dengan lapisan berganda ni, membuatkan Jonlivia Hotpants tidak mudah koyak dan kembang. Nak basuh mesin banyak kali dan pakai berulang kali pun boleh.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Activ Series with Neoheat

Memang sekarang nad pakai Jonlivia Activpants ni la kalau nak berpeluh.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Pelbagai saiz megikut kessuaian korang

3) Design yang sangat menarik dengan Saiz yang berbeza.
Selalunya seluar kita pakai paras pinggang sahaja kan, tapi untuk Jonlivia Activpants S5+ ni, ia mempunyai double waist, jadi korang boleh pakainya sampai ke bahagian perut. Jadi nak membakar lemak dekat perut pun boleh. Nampak tak, dua dalam satu, bukan sahaja bakar lemak dekat pinggul, malah boleh sampai ke perut. Nak kurus dengan mudah, pakaila Jonlivia Hotpants ni. Lagipun, seluar ni ada saiz dia tersendiri.

Saiz dari XS sehinggala 4XL..jadi takyah runsing ok. Korang boleh tengok dekat size chart ni ( https://www.jonlivia.com/collections/activseries/products/woman-activpants-s5-batch9 )

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Berjalan dengan Jonlivia Hotpants
JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Nampak gaya dan anggun dengan Jonlivia Activpants

4) Tahan lasak dan mudah bergerak
Nak buat apa-apa aktiviti pakai Jonlivia Activpants ni boleh. Tak kisahla pergi yoga, menari, gym, zumba, bersenam. Yang surirumah, pakai dekat rumah waktu memasak, buat kerja rumah pun boleh. Boleh la kalau yang nak kurus tu, pakai je Jonlivia ni. Mesti lemak-lemak korang akan berkurangan. Lagipun, denagn Jonlivia ActivPants boleh je buat gaya apa-apa sebab sangat elastik dan tidak mudah koyak. Sangat selesa nak buat macam-macam pergerak.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Macam-macam gaya
JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Anak pun nak join..ahhaa
JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Kangkang la panjang mana, tak koyak dan elastik
JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Sangat selesa

Tengokla gaya nad bersenam untuk ibu mengandung.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Poket dalam seluar
JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Unik dan lebih selamat

5) Mempunyai poket kecik di dalam seluar
Uniknya Jonlivi Activpants S5+ ni mempunyai poket kecik di dalam seluar. Jadi nak simpan barang seperti kunci, duit untuk lebih selamat. Yela selalu poket dekat luar, tak sedar barang tercicir. Poket rahsia di seluar yang tersembunyi adalah cara yang mudah dan berkesan untuk melindungi diri daripada pencuri ketika melakukan aktiviti di luar.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Love it dengan Jonlivia Activpants S5+

Memang banyak kan keistimewaan Jonlivia Woman Activpants S5+ Full Lenght ni. Amalan gaya hidup sihat merupakan satu aktiviti yang mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan.Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Jadi nak sihat, pakaila pakaian Jonlivia.

Kalau korang berminat boleh layari:
Website : www.jonlivia.com
Email : hello.jonlivia@gmail.com
Whatsapp : +6 016 321 5358
Facebook : Jonlivia
Instagram: Jonlivia

Gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.

 

 

 

Original post : http://miszrockers.blogspot.my/2017/11/gaya-hidup-aktif-dengan-jonlivia.html

 

 

To purchase Jonlivia Activ Pants, please visit to : https://www.jonlivia.com/collections/activseries/products/woman-activpants-s5-batch9

Leave a Reply