Jonlivia Phiro Back Support Membantu Atasi Sakit Tulang Belakang

No. 1 Activewear That Helps To Lose Weight

Jonlivia Phiro Back Support Membantu Atasi Sakit Tulang Belakang

Marketing Jonlivia

Posted on November 14 2017

Salam Kesayangan,
Sejak masuk 3 series ni kerap sangat Nora mengalami sakit tulang belakang selain mempunyai sejarah accident dan sekarang bekerja dalam keadaan duduk menghadap PC sahaja. Kadang-kandang take time jalan-jalan atau luruskan pinggang dalam office. Bila dah buat kerja di office memang non stop menghadap PC sampaikan makan pun tak sempat.

Pemakaian Jonlivia Phiro Back Support
Bila duduk terlalu lama, mula rasa sengal-sengal sakit di bahagian tulang belakang sehingga ke punggung. Balik rumah masih menghadap laptop dan keadaan ini membuatkan rasa sakit pinggang dan tulang belakang berdenyut-denyut. Namun, bila Nora terima email dari Jonlivia untuk Jonlivia Phiro Back Support terus Nora katakan Ya. Teruja sangat-sangat tau.

Kemas dan selesa memakai Jonlivia Phiro Back Support ketika membuat kerja menggunakan PC @ Laptop
Sebelum Nora menjelaskan lebih lanjut tentang produk ini, izinkan Nora memperkenalkan sedikit tentang Jonlivia yang merupakan sebuah syarikat sukan yang mencipta dan merekabentuk produk yang sesuai untuk gaya hidup masa kini. Matlamat syarikat ini bukanlah untuk menurunkan berat badan tetapi Jonlivia mahu pengguna berasa selesa dan memberi kebaikan kepada tubuh badan mereka.
Jonlivia Phiro Back Support ini adalah salah satu produk keluaran Jonlivia Malaysia yang mempunyai pelbagai fungsi terutama membantu membaiki kedudukan badan kita. Sekali gus membantu menyokong tulang belakang juga dapat mengurangkan rasa kesakitan belakang yang dialami.

Dengan adanya Unisex Phiro Back Support dapat membantu badan kita dengan betul bagi mengekalkan kedudukan posisi tulang belakang khususnya ketika duduk dan membantu mengurangkan rasa sakit tulang belakang ketika mengangkat barang.
Kalau korang nak tahu, Jonlivia Phiro Back Support ni boleh digunakan untuk lelaki mahupun perempuan dengan 4 saiz yang sesuai untuk rakyat Malaysia iaitu saiz XS, S, M dan L.  Masa order Jonvilia ada minta ukuran badan dan dia beri Nora saiz M. So, bila pakai memang ngam-ngam dekat badan. Rase kedap dan selesa sangat bila di pakai.

Posisi Belakang Menggunakan Jonlivia Phiro Back Support
Kelebihan Jonlivia Phiro Back Support :
1. Membantu memulihkan postur badan yang lemah
2. Membantu mengembalikan kedudukan bahu, meluruskan leher dan menjajarkan tulang belakang
3. Memperbetulkan Scoliosis dan kecacatan tulang belakang yang lain
4. Membantu melegakan sakit tulang belakang, bahu dan kepala
5. Membantu badan kelihatan elegan dan bergaya dengan posture yang betul
6. Melangkah seperti model dengan posture badan yang betul membantu memberi keyakinan dalam diri.
Untuk korang yang mempunyai masalah sakit tulang belakang, sakit belakang ke boleh cuba produk Jonlivia Malaysia dan korang cuma perlu klik pada Jonlivia Unisex Phiro Back Support
Sebarang maklumat dan pembelian boleh check it out di
Website : www.jonlivia.com
Instagram : @jonlivia
Email : hello.jonlivia@gmail.com
Contact : +6016-2634410
Pembelian Online : Jonlivia

More Posts

0 comments

Leave a comment

Search our store