No. 1 Active Lifestyle Wear in Malaysia

Majlis Pelancaran Jonlivia Pertama ActiveWear Lifestyle Club

Marketing Mandy

Posted on June 13 2017

Majlis Pelancaran JONLIVIA Pertama 
ActiveWear Lifestyle Club
 
Majlis Pelancaran Jonlivia Pertama ActiveWear Lifestyle Club 
di SS2, Petaling Jaya, Selangor pada 25hbMei2017

Baru-baru ni, satu majlis pelancaran untuk JONLIVIA Pertama ActiveWear Lifestyle Club telah berlangsung di SS2, Petaling Jaya, Selangor. Untuk makluman korang dan bagi yang tidak mengetahui apakah itu JONLIVIA? Meh sini aku bagitahu. JONLIVIA ini merupakan satu brand pakaian sukan ataupun pakaian gaya hidup sihat dan aktif untuk kita melakukan aktiviti sukan outdoor mahupun indoor yang mana sesuai untuk semua peringkat umur mahupun jantina. Haaaa ahli sukan mesti familiar dengan nama JONLIVIA ni kan?? Macam aku ni haaa, baru 1st time dengar hikhikhik. Yelaaa yelaa, lepas ni kita berubah ke arah hidup yang lebih sihat yaaaa? Untuk pengetahuan korang juga, dalam masa yang sama pelancaran JONLIVIA Lifestyle Club (JLC) bertujuan juga untuk membantu kita semua berubah ke arah hidup yang lebih sihat dan aktif semasa bersukan dalam masa yang sama juga kita mampu menerima keselesaaan bergaya dan anggun kemana sahaja dengan JONLIVIA.
Majlis pelancaran JONLIVIA diadakan di Kedai JONLIVIA itu sendiri yang mana bukan sekadar kedai yang menjual pakaian bersukan malah kedai itu sendiri menggabungkan studio kecergasan yang boleh melakukan pelbagai aktiviti. Majlis Pelancaran JONLIVIA juga turut dihadiri beberapa rakan artis yang menyokong gaya sihat ini seperti Fauzi, Lisdawati, Agnes, Meow, Jane, Syaa dan Emily... Terdapat pelbagai hadiah yang menarik bernilai lebihhhhh RM500 untuk acara cabutan bertuah dan beberapa cabaran individu yang disediakan oleh pihak penaja. Bagi yang hadir pada hari tersebut dan mendaftar menerima goodies bag dan cenderahati yang bernilai lebih daripada RM500.
Ini berita baik untuk disampaikan kepada korang semua, sempena dengan pelancaran JLC, JONLIVIA menawarkan keahlian percuma buat sesiapa yang datang. Apakah faedah menjadi ahli JONLIVIA?? Kita akan dapat pass akses FREE untuk aktiviti flying yoga, kelas zumba dan TRX di Studio JONLIVIA. Menurut pemilik JONLIVIA, Mr.Jon, pihak JONLIVIA akan menjalankan banyakkkkkk sangat aktiviti sihat dan menarik dalam masa setahun. So rugilah kalau kita tak mendaftar dengan JONLIVIA. Walaupun dah terlepas untuk mendaftar FREE, tetapi korang masih boleh mendaftar , info semuanya akan aku kongsikan di akhir entry nanti. moh laa kita sama sama daftar dan berubah menjadi neelofaa ehh ehhh sihat dan anggun lols.. 
Aku tidak berkesempatan untuk hadir ke Majlis Pelancaran JONLIVIA tetapi masih menerimaaaaa goodies dari pihak JONLIVIA. Thank you soooo much !! Saja nak suruh aku menguruskan diri ke apaaa ni? HAHHAHAHHA fineee ;p Pelbagai barangan JONLIVIA yang diperbuat dari bahan-bahan yang berprestasi tinggi yang mana menggabungkan teknologi terkini. Ini kerana hanya untuk memastikan produk JONLIVIA sentiasa menjadi trendy dan up to date. Kalau korang berkesempatan untuk pergi ke kedai pakaian JONLIVIA, mesti korang akan lebih berpuas hati dapat rasai sendiri semuaaaaa barangan dari JONLIVIA. Aku pun pasti akan kesana jugaaa. hikhik. Jangan jeles lahhh bila aku persis Lofa raya nanti HAHHAHAHHHA
 ni haa HotPants aku dapat dari JONLIVIA
versi seluar panjang, serius selesa sangat pakai. kain dia memang panas gila. kompem kurus runcing kaki aku selepas beberapa bulan hikhikhik... Thank you JONLIVIA!!!
So, kalau korang jenis mengamalkan gaya hidup sihat, boleh la cuba JONLIVIA. Pasti korang selesa bila menggayakan jenama JONLIVIA walaupun korang tengah bersukan, korang tetap cantik bergaya dalam OOTD ActiveWear gituewww.... nak nak kalau korang jogging di taman taman ke, pergi gym ke, ohhh nice sangat korang menggayakan JONLIVIA. HEHEHE~ So, mana yang berminat nak rasai sendiri pakaian sukan dari JONLIVIA ataupun ingin join menjadi ahli JONLIVIA, nahh info untuk korang refer. 
 
Untuk maklumat lanjut :
 
JONLIVIA LIFESTYLE CLUB (JLC)
No. 70A, 70B & 70C,
Jalan SS2/67,
Petaling Jaya, Selangor
 
Website : www.jonlivia.com
AMALKAN GAYA SIHAT UNTUK HIDUP LEBIH CERIA

More Posts

Search our store