Jonlivia Lifestyle Club (JLC) @ SS2, Petaling Jaya

No. 1 Activewear That Helps To Lose Weight

Jonlivia Lifestyle Club (JLC) @ SS2, Petaling Jaya

Marketing Mandy

Posted on June 08 2017

Selamat pagi!
Harini Aten nak cerita dengan korang tentang satu brand yang Aten kira quite baru kat KL ni. Brand yang melibatkan gaya hidup aktif iaitu Jonlivia. Korang pernah dengar tak?
Baru-baru ni Jonlivia telah melancarkan premis mereka sendiri yang diberi nama Jonlivia Lifestyle Club (JLC) di SS2, Petaling Jaya. Jonlivia Lifestyle Club (JLC) bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia untuk mencari gaya hidup yang aktif dan sihat dan kelihatan bergaya pada masa yang sama.
Koleksi pakaian dari Jonlivia direka dan diperbuat daripada bahan-bahan berprestasi tinggi dan menggabungkan teknologi terkini untuk memastikan bahawa produk-produknya sentiasa kelihatan trendy dan mengikut gaya terkini.
Jonlivia Lifestyle Club merupakan 'lifestyle club' yang pertama yang menggabungkan studio kecergasan pelbagai fungsi di premis mereka. Ini menunjukkan komitmen JLC untuk memimpin ahli-ahlinya ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. Satu pertunjukan fesyen juga telah dijalankan untuk memaparkan trend semasa dalam mengintegrasikan activewear ke dalam kehidupan seharian kita. Semua cantik! *.*
Bersempena dengan pelancaran JLC di SS2 Petaling Jaya, Jonlivia menawarkan keahlian percuma kepada semua pelanggan mereka. Mereka hanya perlu membeli barangan dari Jonlivia lebih dari RM500 sahaja. Sebahagian daripada faedah keahlian termasuk akses percuma seumur hidup untuk kelas Zumba, Fly Yoga dan TRX di studio mereka. Sangat menarik! 
Review Hotpants Jonlivia :
Kebetulan sehari lepas pelancaran Jonlivia Lifestyle Club, Aten ada event rock climbing. Terus Aten pakai Hotpants ni. Hehehe. Sangat selesa. Hotpants ni tebal tapi ringan. Memang memudahkan kita untuk bersenam. Pakai hotpant dari Jonlivia ni di rumah pun boleh. Memang akan buatkan kita berpeluh. Kalau pakai hari-hari ni, confirm boleh kurus bahagian peha ni. Thanks Jonlivia for the great invention! *.*
Untuk maklumat lanjut mengenai Jonlivia Lifestyle Club (JLC), hubungi :
Address :
No. 70A, 70B and 70C Jalan SS2/67, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Waze : Boat Noodle @ Victory Monument . [JLC sebelah kedai Boat Noodle]

More Posts

Search our store